Saturday 14 December 2013

Salji Di Syria Adakah Satu Petanda???

Assalamualaikum..salji di syria adakah satu petanda bagi kita umat islam?? Bahawa kiamat kian menghapiri diri kita? 




Berita TURUNNYA SALJI telahpun disiarkan di muka-muka akhbar perdana Malaysia pada bulan lepas (16.1.2012). Sekiranya anda semua membaca akhbar tersebut,tertera tajuk “Salji landa Kabul dianggap petanda tuah”. 

Akhbar tersebut hanya menceritakan bahawa salji kini sedang melanda Kabul,Afghanistan yang mempunyai ramai jiwa-jiwa fisabilillah. Sayang 1000 kali sayang, akhbar itu tidak menceritakan apakah kaitan makna di sebalik TURUNNYA SALJI dan makna TIMUR. 

Izinkan saya membicarakan dengan lebih terperinci sedikit di sini. Ilmu akhir zaman pada tahun 2012 ini. Tahukah anda? Tidak lama lagi akan berlaku cuaca yang tidak menentu sepanjang tempoh 2011,2012 dan 2013?Ada yang telah berlaku sepanjang tahun ini dan sebelum-sebelum ini sama ada anda mengetahuinya atau anda pura-pura tidak mengetahuinya. 

Salah satu kekuasaan ALLAH S.W.T dan tiada siapa dapat menandinginya. Ketahuilah bahawa tidak lama lagi segenap kawasan di seluruh dunia ini akan dilitupi salji dan tempohnya hanya di dalam kehendak ALLAH S.W.T. Mengapa kami mengatakan sedemikian? Ini bersesuaian dengan hadis Rasulullah S.A.W. yang telah disabdakan pada 1400 tahun yang lalu. Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 

Nabi Muhammad pernah bersabda: 
"Jika kamu semua melihat PANJI-PANJI HITAM datang dari arah Khurasan, 
maka sambutlah mereka walaupun kamu terpaksa merangkak di atas salji. Sesungguhnya di tengah-tengah panji-panji itu ada Khalifah Allah yang mendapat petunjuk iaitu Al-Mahdi. 
[Hadis Riwayat Ibnu Majah dan Al-Hakim: Sahih menurut syarat Al-Bukhari dan Muslim serta direstui Adz-Dzahab] 

Dari Sauban RA katanya bahawa Rasulullah SAW pernah bersabda,“Panji-panji Hitam akan datang dari arah Timur, hati mereka bagaikan kepingan-kepingan besi. Sesiapa yang mendengar mengenai mereka, datangilah mereka walaupun terpaksa merangkak di atas salji.” 

Turunnya Salji Di Tanah Arab Tahun 2012,Petanda Kemunculan Imam Mahadi Semakin Hampir. Semoga ia menjadi tali pengukuh pemahaman dan pemikiran anda semua memahami situasi akhir zaman ini. 

Salji itu turun di Kabul, Afghanistan pada awal tahun 2012 ini. Mengapa salji turun di sana? Kerana di sanalah kawasan TIMUR yang dimaksudkan,di sanalah Tanah Arab yang dimaksudkan,di sanalah tanah dan kawasan kehidupan para nabi dan rasul utusan Allah SWT. 

Kuasa Allah SWT menurunkan salji di TIMUR negara Tanah Arab itu telah jelas menggambarkan kepada kita semua umat Islam bahawa saat kehadiran Imam Mahadi semakin hampir untuk memimpin umat Islam. 

Fenomena turunnya salji semakin luarbiasa ini turut dibicarakan menerusi perkhidmatan sms oleh Pasukan Perisikan Brigade Zameer Fisabilillah semenjak kita melangkah masuk ke tahun 2012 ini.   


 

Allah, Ya Allah , Allahu Akhbar.. Ya Allah betapa besarnya dugaan mereka..Namun, dengan dugaan mu ini mereka tidak pernah berputus asa daripada mencari keredhaan mu Ya Allah. Ya Allah , betapa kuatnya iman mereka walaupun diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan tetapi dahi mereka tidak pernah lekang dari bersujud kepada-mu Ya Allah. Anak-anak kecil mati kesejukan , Mayat bergelimpangan tetapi mereka tetap tabah mencari rahmat-mu. Betapa besar dan kuatnya iman mereka. Kita pula? tidakkah kita berasa malu dengan diri kita sendiri? Cuaca di Malaysia Alhamdulillah masih tidak berubah, makanan masih mencukupi, Ya Malaysia masih aman. Namun, kita tidak sedar bahawa sebenarnya, diri kita telah dijajah. Sosial di kalangan remaja kian meningkat. Manusia seperti hilang maruah diri dan tidak berasa malu malah bangga dengan adegan terkutuk mereka. Ayuh ! Bangkitlah umat manusia ! Kita sudah tiada masa lagi !!






Kisah Rumah rm50 shah Alam

psssssstttttt...pernah kah anda dengar pasal kisah rumah yang bernilai hanya rm50 di seksyen 2 shah alam? Rasanya, kisah ini sudah banyak menjadi buah mulut orang. Dan disini saya ingin berkongsi sebuah cerita dari seorang senior dari universiti teknologi mara (uitm) shah alam. Semoga anda berhati-hati ketika ingin menyewa rumah. Hal ini sangat penting ! kerana takut-takutlah kan kut- kut jadi macam kes abang kita ni. Pantang nampak murah ! nak jea tanpa soal siasat dahulu sejarah rumah yang disewa.. 

.................................................mari baca kisah mereka......................................................................



9 tahun lepas aku dpt smbung bljar kt uitm shah alam. So,perkara pertama yg kna fikir ialah aku nk duk mn sbb ak xdpt hostel. Oleh sbb kerajinan & keperihatinan yg ada kt aku n kwn2,maka dpt le aku ngn kwn2 aku umah sewa.....dekat2 area seksyen 2. Berhampiran ngan wet world [kalo korang tau la].

Uma tu bunglow 2 tingkat ngan 4 bilik. 3 bilik kt atas n 1 bilik kt bwh. Kitorg semua berlapan,kiranya 2 org utk 1 blk la. Aku ringkaskan je la,kitorg msuk umah tu ngan perasaan berbelah bahagi. best, suke, pelik, rimas, takut semua ada. Pertama,tuan umah hanya amik rm50 je sbg deposit n sewa prtama hanya byr bile msuk bln kedua kami duduk uma tu. Kiranya bln prtama ni free la....Kedua,tuan umah x bg kitorg bwk brg bnyk2 sbb nnt pnat nk angkat blk katanya...Ketiga,pokok ara tepi umah tu bsr sgt smpai dahan dia bleh msuk kt tingkap blk atas.
***Pada dak2 UITM, umah dua tingkat, besar, walaupun teres dua tingkat, juga dikira banglo.

Kemungkinan besar rumah inilah yang dimaksudkan? Mlm pertama duk uma tu kitorg xtido sbb sibuk punggah n kemas brg+lyan dvd korea. Citer seramnya start ms hari kedua. xpayah nk tunggu mlm,siang2 pon kitorg dah kna kacau. Azmi "dagu" org first kena. Ms tu br kol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nk memerut. So dia g la toilet bwh tu tp dlm toilet ada org [sbb pintu tutup]. Toilet atas plak rosak, tuan umah kta nnt dia btulkan. Tunggu punye tunggu, xkuar-kuar org dlm tandas ni. Jd Azmi ni memekik la soh cpt sket kuar sbb dia xtahan. Akibat jeritan c azmi ni, abis satu umah bgun gi tengok peehal. Yg peliknya, kitorg berlapan smua ada, abih tu sape yg kt dlm tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni,Lan sorg je yg berani sket [mgkin psl dia ni keturunan bugis kot], dia g rentap pintu toilet tu smpai trbukak. Xde org tp dr kesan yg ad,pintu tu mmg dikunci dr dlm. Last2 si azmi xjdk berak...mngkin psl takut kot.

Mlm tu kitorg kna lg teruk. Ms aku nyenyak tdo mlm tu tetiba jek ad org tarik dua2 belah kaki aku sampai jatuh dr katil. Kepala aku terhentak dulu kt lantai!! Ape lg,hangin la aku sbb ingat bdk2 nk wt pedajal kt ak tp bl aku bangun xde org plak. Yg ad cume c Lan yg ngah membuta kt katil atas. Ak x rs Lan yg buat sbb confirm dia tdo mati. Bl ak kuar bilik, ak dgr bdk2 ngah ketawe. Rupenya diorg ngah layan dvd kt hall bwh. Ak pon msuk blk balik sbb still bingung lg tp br ak terperasan ms ak ngah jengah kebawah td ak perasan Lan ada!! Bukan ke td ak nmpk dia ngah membute dlm bilik? Ahh suda...

Dgn perasaan berani2 takut ak tgok atas katil Lan ada bonjol bwh selimut,kiranya mcm ad org la. Ak tarik kain selimut tu n guess what? ad batu nisan yg da retak2 dn otomatiknya blk ak diselubungi bau hapak+hanyir yg sgt2 kuat. Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajak lepak restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor. Oleh sbb bilik si Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat guna duit naim lu. Nasib baik kunci motor kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut].

Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!

Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil. Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ada cume kami berenam. Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar.Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk.

Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang. Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh kt keliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lg kuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or something else la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang. Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati aku la].

Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al-fatihah ..

Kisah Seram Di UTP

lama jugak rasanya tak update blog pasal universiti sendiri. Universiti Teknologi Petronas, di sebalik kemegahan namanya di persada universiti-universiti antarabangsa terselit beberapa kisah yang tidak dapat kita rungkai dengan mata kasar serta logik akal. Ini kisah daripada senior-senior kami batch 2009. 

perhatian ! : kisah ini mungkin membuat anda trauma dan penyakit penakut mungkin bertambah-tambah. Oleh itu, sesiapa yang jenis iman tu macam tak kuat sangat dan ada penyakit takut ke bilik air waktu-waktu malam..sebelum membaca coretan seterusnya, persiapkan diri anda untuk ke bilik air terdahulu..takut-takut esok ada yang kena jemur tilam pulak yea..hihihi > . <

#kisah seram pertama: pontianak di village 5

Ada seorang lelaki A, pelajar UTP. Bercinta dengan si gadis B, juga pelajar UTP. Gadis C pula bercinta dengan jejaka D. Dua2 taktau pelajar mana. Tapi jejaka A dan awek B adalah kawan kepada gadis C. Ceritanya gadis C pernah macam2 dengan jejaka D (terlanjur lah! kena explain lagi sekali ke!) sampai mengandung. Namun kisah chenta C & D tak kemana ble clash tengah jalan. Kemudian si jejaka A dan aweknya B simpati kepada gadis C yg mengandung dan decide utk membantu dan take care si gadis C seberapa yang mampu. Sebab jejaka A begitu caring, akhirnya gadis C jatoh hati kepada A. Awek B dapat taw n marah dengan gadis C. Sejak tu jejaka A dan awek B menjarakkan diri dari gadis C, meninggalkan si gadis C tpinga2. Dah la mengandung. Satu hari keluar newspaper mayat seorang gadis mengandung djumpai. Yes, mayat gadis C. Taktau punca kematian. Dijadikan story mory gadis C ni jadi pontianak dan merasuk awek B. Jejaka A ni tinggal kat village 5. Mula2 jejaka A ni tak perasan awek B ni dah dirasuk C sampai la satu kejadian. Lebey kurang camni.

Jejaka A call awek B seperti biasa.
"Hello sayang. blablabla"
B membalas " Yes sayang bla bla bla"
selepas cakap dua tiga minit talian terputus.
Jejaka A menyalahkan line handphone dekat v5 yang sememangnya smpah.
Jejaka A call lagi B. Komunikasi semula. Tapi suara B macam lain sikit.
Dua tiga minit talian terputus lagi.
Jejaka A call lagi dan perkara sama berulang2. Suara B asek tukar kejap lain dan talian kejap2 terputus.
Sampai la las sekali tiba2 selepas angkat phone B jawab:
"Eh sori la. tadi tertido la.."
Jejaka A terkejut dan pelik. Dah tu sape yang angkat lime nam kali n jawab dia call tadi??!
Pastu bila jadi macam tu lagi, Jejaka A rasa lain macam. Dia beranikan diri.
" Sape yang cakap ni. Baek cakap betul2."
"Oh.. dah kantoi ya..(lebey krg cani ah!) Ni saya.. C."
"Ha? la.. gadis C. lama tak dengar berita. Katne ni? camana bleh jawab handphone B ni?"
(Jejaka A masih tatau berita kematian C)
"Oh.Saya ada sini. saya dalam badan B.."
Jejaka A terkejut. Cuak mula menguasai diri.
"Ye la. Aku tau kita ada byk benda utk disetelkan. Meh la jumpa face to face"kata Jejaka A.
"Oh nak jumpa? mari la. tengok la luar tingkap." (utk pngetahuan jejaka A duduk v5 third floor)
Jejaka A tak berani menoleh tepi tingkap nya. Bulu roma naek. Rumet jejaka A time tu cam terdengar then cakap
"Oihh. Aku nak jumpa dia gak. Mana2?? Luar tingkap je?haha" Rumet Jejaka A cakap gaya gurau.
Tetiba serentak dgn tu handphone rumet jejaka A berbunyi. Bukak ada sms bunyi lebey camni.'Nak jumpa aku? pndang luar'
Bila dorang pandang luar tingkap dorang ade pontianak terbang ngilai.
Rumet A demam truk sejak tu.
Cite ni dikatakan jadi awal sem ni. Time tu satu aras jejaka A tu tutup tingkap n langsir bila malam. Jejaka A n Awek B pn dikacau dengan teruk. Dalam version ni Ustaz Harun Din antar anak murid dia datang tolong tapi dengar tak dapat buat apa2 sebab pontianak tu seblum mati dah tak islam. Tatau a apsal kan. Tu je a kesah pontianak di village 5 ni. Diingatkan lagi, ni kisah yang aku dengar dari rakan. Aku renung sendiri cam banyak perencah2 cerita yang sebabkan cerita ni bleh wat filem so aku pn tak caye sgt. Maybe betul ada n maybe cuma ditokok tambah, Wallahualam.


#kisah seram 2 : kenapa blok akademik UTP tak complete???

Ni diceritakan rakan aku jugak. Kata rakan aku ni lec UTP Dr Naufal dah bagi segala jawapan. Kan UTP cuma ada Poket C and D, mana pergi poket A & B? Semua orang tau dalam plan UTP bentuk blok akademik cam bintang tapi yang siap cuma separuh bintang. Tak mungkin Petronas tak cukup budget or malas nak sambung benti sparuh je buat building kan? dah seploh tahun lebey UTP tapi Petronas tak sambung pn buat. Dr Naufal pun cerita kat bdak2 ni. Nak dijadikan cerita tym diorang kosongkan tanah utk wat poket A n B ada pekerja2 mati. Macam2 la jadi. Tu sebab kosong je tanah luas utk poket A n B tu. Dr Naufal kate gak, lepas pukul 6 petang dia akan blah dari situ utk mengelakkan nmpak benda2 plik. Sebab kata dia memang lepas pukul 6 petang macam2 ada kat situ. cam astro. haha. Kalau korang berani gi ah lepak memalam dekat tepi blok 5 blok chemi tu.And nasihat ikhlas, jangan lepak, drive sorang2, or naek moto sorang kat jalan belakang utp tu. huhu~


#kisah seram 3 : ini kisah dari senior, kisah mereka (kisah aku, rentap,quek,vince dan mahdi)

Ni cerita diri sendiri. Tapi feeling seram kaw kaw utk kami. Kitorang baru pulang dari ipoh. Vince drive. Pagi buta. Time lalu jalan kosong gelap panjang nak pulang ke UTP dari Ipoh tu, Madi dapat idea bengong. Aku duk blakang Vince yang tengah drive. Madi ngan aku ntah apsal wat plan nak terkejutkan Vince yang ngah drive. Aku bkak tingkap, kuarkan kpala smpai bagi leklok luar tingkap driver,than ketok tingkap. Bajet ala2 kepala sergah dari luar tingkap tbe2 ar. Pastu Vince cam tkejut tak tkejut je. pastu kitorang gelak2 jap.tapi bila masuk je kepala, tutup tingkap tbe2 sume diam. Bulu roma masing2 naek. Tp msg2 tak ckp ape2 pun time tu. tak lame pastu tibe2 ade lori besar dari depan bagi lampu tinggi kat ktorang, cam nak bagitau sumthng. Lepas lori tu ade lagi satu kereta bagi lampu tinggi jugak. Masing2 mula rasa seram gila sebab pnah dgr cerita Madi pasal orang depan bagi lampu tinggi nak bgtau ade makhluk terbang atas kereta pakcik dia. Pastu masing2 dalam hati tak cite pape pn kat org laen tapi baca doa mcm2 dalam keta tu. Smpai Utp, kat pondok pak gad, pak gad yang jaga depan tu plak wat benda plik. Dia greet kete kitorang tak pandang kitorang pun, tapi pandang atas kereta kitorang. Pastu trus cakap boleh jalan. Matrik kad pn tak tgk. plik kaw2. Tetibe kitorang lepas je pondok pak gad tu, terus blackout. Satu utp gelap. Sampai bilik kot baru terang. Masing2 dekat bilik baru bkak cite perasaan seram masing2. Huish.


bagaimana? percaya atau tidak?? nak percaya pon susah tak nak percaya pon susah. Tetapi, sememangnya, iblis dan syaitan itu wujud. Mereka akan berusaha untuk menyesatkan cucu cicit nabi Adam. Kuatkan iman dan banyakkan mendekatkan diri kepada Allah. Selagi hati ini kuat mempercayakan Allah in syaa allah kita akan selamat..

perhatian ! baca ayat kursi yea sebelum tidur...takut-takut laaa kan....emmm almaklumlah..dia nampak kita, kita tak nampak dia.. 

Sunday 1 December 2013

HizBut TahRir

Tahukah kita apa maknanya hizbut tahrir. Dalam bahasa ideologinya hizbut tahrir bermaksud parti pembebesan iaitu sebuah parti politik antarabangsa yang berideologi islam. Hizbut tahrir berjuang untuk menjadikan islam sebagai permasalahan utamanya serta untuk mendirikan kembali sistem khalifah.




Kegiatan Hizbut Tahrir adalah mengembang dakwah Islam untuk mengubah keadaan masyarakat yang rosak menjadi masyarakat Islam. Hal ini dilakukan dengan mengubah idea-idea rosak yang ada menjadi idea-idea Islam, sehingga idea‑idea ini menjadi pendapat umum di tengah-tengah masyarakat serta menjadi persepsi bagi mereka. Selanjutnya persepsi ini akan mendorong mereka untuk merealisasikan dan menerapkannya sesuai dengan tuntutan Islam.
Juga dengan mengubah perasaan yang dimiliki anggota masyarakat menjadi perasaan Islam yakni redha terhadap apa yang diredhai Allah, marah dan benci terhadap apa yang di murkai dan dibenci oleh Allah serta mengubah hubungan/interaksi yang ada dalam masyarakat menjadi hubungan/interaksi yang Islami, yang berjalan sesuai dengan hukum-hukum dan pemecahan-pemecahan Islam.
Hizbut Tahrir telah muncul dan berkembang, kemudian menyebarluaskan aktiviti dakwahnya di negeri-negeri Arab, mahupun sebagian besar negeri-negeri Islam lainnya. Seluruh kegiatan yang dilakukan Hizbut Tahrir bersifat politik. Maksudnya adalah bahawa Hizbut Tahrir memperhatikan urusan-urusan masyarakat sesuai dengan hukum-hukum serta pemecahannya secara syar'ie. Kerana yang dimaksud politik adalah mengurus dan memelihara urusan-urusan masyarakat sesuai dengan hukum-hukum Islam dan pemecahan-pemecahannya.
Kegiatan-kegiatan yang bersifat politik ini nampak jelas dalam aktivitinya dalam mendidik dan membina umat dengan tsaqafah Islam, meleburnya dengan Islam, membebaskannya dari aqidah-aqidah yang rosak, pemikiran-pemikiran yang salah serta persepsi-persepsi yang keliru, sekaligus membebaskannya dari pengaruh idea-­idea dan pandangan-pandangan kufur.
Kegiatan politik ini nampak juga dalam aspek pertarungan pemikiran (ash shiro'ul fikri) dan dalam perjuangan politiknya (al kifahus siyasi). Pertarungan pemikiran terlihat dalam penentangannya terhadap idea-idea dan peraturan-peraturan kufur. Hal itu nampak pula dalam penentangannya terhadap idea-idea yang salah, aqidah-aqidah yang rosak atau persepsi-persepsi yang keliru dengan cara menjelaskan kerosakannya, menampakkan kekeliruannya, dan menjelaskan ketentuan hukum Islam dalam masalah tersebut.
Adapun perjuangan politiknya, terlihat dari penentangannya terhadap kaum kafir imperialis untuk memerdekakan umat dari belenggu dominasinya, membebaskan umat dari cengkaman pengaruhnya, serta mencabut akar-akarnya yang berupa pemikiran, kebudayaan, politik, ekonomi, mahupun ketenteraan dari seluruh negeri-negeri Islam.
Perjuangan politik ini juga nampak jelas dalam kegiatannya menentang para penguasa, mengungkap pengkhianatan dan persekongkolan mereka terhadap umat, melancarkan kritikan, mengawasi dan membetul mereka serta berusaha menggantinya tatkala mereka mengabaikan hak-hak umat, tidak menjalankan kewajibannya terhadap umat, melalaikan salah satu urusan umat atau menyalahi hukum-hukum Islam.
Seluruh kegiatan politik itu dilakukan tanpa menggunakan cara-cara kekerasan samaada fizikal/senjata sesuai dengan jejak dakwah yang dicontohkan Rasulullah SAW. Jadi kegiatan Hizbut Tahrir secara keseluruhan adalah kegiatan yang bersifat politik, baik sebelum mahupun sesudah mengambil alih pemerintahan (melalui umat).
Kegiatan Hizbut Tahrir bukan di bidang pendidikan, kerana ia bukanlah madrasah (sekolah). Begitu pula seruannya tidak hanya bersifat nasihat-nasihat dan petunjuk-petunjuk. Kegiatan Hizbut Tahrir bersifat politik, iaitu dengan cara mengemukakan idea-idea (konsep-­konsep) Islam beserta hukum-hukumnya untuk dilaksanakan, dikembang dan diterapkan dalam kenyataan hidup dan pemerintahan.
Hizbut Tahrir mengembang dakwah Islam agar Islam dapat diterapkan dalam kehidupan dan agar Aqidah Islamiyyah menjadi dasar negara, dasar perlembagaan dan sistem perundangan kerana Aqidah Islamiyah adalah aqidah aqliyah (aqidah yang menjadi dasar pemikiran) dan aqidah siyasiyah (aqidah yang menjadi dasar politik) yang melahirkan aturan untuk memecahkan masalah manusia secara keseluruhan, baik di bidang politik, ekonomi, budaya, sosial, dan lain-lain.

Wahai umat islam sekalian,jatuhnya umat islam kemudian bangkitnya umat islam adalah tanda-tanda kita sedang berada si ambang kiamat dimana berakhirnya usia bumi,berakhirnya kehidupan manusia,berakhirnya putaran paksi-paksi di angkasa.Tanyalah diri kita sendiri sampai bila kita ingin terperangkap dalam maksiat?sampai bila kita ingin lalai dari tangungjawab kita sebagai hambaNya. Tepuk Dada tanyalah selera.

Sedang kita bersuka ria, masih ada yang berduka hiba,kita tidak bersyukur dengan nikmat yang kita peroleh, sesungguhnya Allah telah memberi secukupnya kepada kita.Walaupun dosa dan kita tidak pernah putus kerana tiada manusia yang sempurna di atas muka bumi ini tetapi, tak akanlah nak tunggu langit runtuh baru nak menadah tangan untuk bertaubat.Ketika itu pintu taubat sudah tertutup..........

"Para lelaki tidak perlu gentar untuk berjihad ke jalan Allah kerana sesungguhnya Ainul Mardhiah(bidadari paling cantik di syurga) sedang menunggu kekasihnya yang syahid di jalan ALLah.."



Saturday 30 November 2013

Mayat Para Sahabat Masih Segar Dan Baru

Pada tahun ini telah berlaku suatu bencana di kota madinah. Banjir yang berlaku menyebabkan jasad para sahabat nabi timbul namun masih utuh dan kelihatan baru. Masha Allah inilah kekuasaan yang Allah ingin tunjukkan kepada hamba-hambaNya. 




Waktu terjadi banjir di Madinah, kubur 70 orang keluarga Perang Uhud itu dilanda banjir.  jasad para sahabat timbul keluar dalam keadaan  masih utuh kerana mereka dikuburkan di kawasan padang pasir.

Selepas banjir surut, darahnya masih mengalir harum dan dikuburkan semula tetapi sudah tidak ditandai nama-nama jenazah tersebut dan yang ditandakan kerana dikenali cuma 2 sahaja iaituSaidina Hamzah RA kerana diketahui dengan luka didadanya, badannya tinggi besar.

Jasadnya masih berdarah dan harum. Bahkan tangannya masih menekup lukanya akibat terkena tombak, yang masih keluar darah. Walaupun sudah lebih seribu tahun.

Dan yang satu lagi adalah Abdullah bin Jaz RA kerana diketahui telinga dan hidungnya terpotong akibat diikat benang. Kedua orang inilah yang sekarang nisannya ada di Uhud. Jadi kalau sekarang kita berziarah ke Gunung Uhud, hanya ada 2 nisan saja.

Sebuah “Kesaksian” Dr Thariq As-Suwaidan dalam kasetnya yang amat berharga “Qisshatun Nihayah” yang dinukil secara langsung dari Syaikh Mahmud Ash-Shawaf menyebutkan peristiwa besar yang dialami oleh sebahagian ulama dalam penguburan semula sebahagian sahabat yang gugur syahid di perang Uhud.

Bagaimana mereka menyaksikan para sahabat setelah 1400 tahun berlalu, bagaimana jasad mereka seperti sedia kala tanpa perubahan, tanpa pembusukan. Sebagai bukti nyata atas kebenaran berita gembira dari Nabi Muhammad SAW kepada para syuhada, bahawa bumi tidak memakan jasad mereka.

Berikut adalah sebahagian dari kaset pembicaraan Dr Thariq As-Suwaidan tentang peristiwa tersebut. “Syaikh Mahmud Ash-Shawaf telah menyampaikan kepada kami bahwa dia adalah salah seorang yang diundang daripada kalangan ulama besar untuk pemakaman semula para sahabat yang gugur syahid di perang Uhud di kompleks kuburan syuhada Uhud iaitu sebuah kawasan perkuburan yang terkenal.

Kerana dilanda banjir, maka sebahagian jasadnya timbul ke permukaan. Para ulama diundang untuk menguburkan semula para sahabat tersebut. Beliau berkata ”Di antara orang yang aku kuburkan adalah Hamzah RA, badannya besar, kedua telinga dan hidungnya terpotong, perutnya terbelah, dia meletakkan tangannya di atas perutnya.

Ketika kami menggerakkannya dan mengangkat tangannya, darahnya mengalir. Aku menguburkannya bersama sahabat-sahabat lainnya yang gugur syahid di Uhud.” Dr Thariq As-suwaidan berkata, ”Ini adalah perkara yang terbukti secara mutawatir dan dengan mata kepala. Semoga Allah SWT menyampaikan kita semua ke darjat para syuhada.

Syaikh Mahmud telah menyampaikan kepada kami tentang aroma harum misk yang berasal darinya ketika darah mengalir dari jasad Hamzah RA.” SubhanAllah, setelah 1400 tahun lebih, betapa agungnya Engkau ya Allah. Alangkah besarnya kekuasaan-Mu, Maha suci Engkau.

Betapa utamanya, betapa mulianya, Allah memberikannya kepada para syuhada. Jika seperti itu kemuliaan jasadnya yang terpendam di perut bumi yang tak seorangpun melihatnya, lalu bagaimanakah dengan kemuliannya di surga yang luasnya seluas langit dan bumi.

Selamat bagi yang telah melihat sahabat mulia ini, Hamzah bin Abdul Mutthalib RA pakcik Rasulullah SAW Jasad Syuhada Yang Tidak Mengalami Pembusukkan Jabir bin Abdillah bercerita, ”Menjelang perang Uhud, ayahku memanggilku pada malam hari. Ia berkata: ’Aku merasa akan menjadi orang yang paling pertama gugur di antara para sahabat Nabi SAW.

Sungguh aku tidak meninggalkan sesuatupun yang lebih kusayangi selain engkau, disamping Nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku memiliki hutang, maka lunasilah. Dan bersikap baiklah kepada saudara-saudara perempuanmu.’ Keesokan harinya, ia pun menjadi orang yang pertama gugur.

Ia dimakamkan bersama orang yang lain dalam satu lubang kubur. Tetapi hatiku merasa kurang selesa membiarkan ayahku berkongsi lubang kubur bersama orang lain. Enam bulan kemudian, aku membongkar makamnya dan mengeluarkannya. Ajaib, jasadnya masih tetap utuh sama seperti pertama kali aku menguburkannya.” (Hadis Riwayat Bukhari, Fathul Bari, 3/214 )

Petikan hadis di atas membuktikan di mana ayah Jabir RA terbunuh dalam perang Uhud dan ketika enam bulan kemudian makamnya dibongkar, maka jasadnya tetap utuh. Enam bulan adalah waktu yang lama di mana tubuh mayat seharusnya sudah hancur.

Penelitian membuktikan bahwa 24-36 jam pertama mayat dikuburkan, maka bola mata mulai menonjol dan kornea menghitam. Cabang-cabang urat nadi mulai terlihat di perut dan dada. 2-5 hari berikutnya, wajah dan seluruh tubuh menggelembung, dari tubuh mayat keluar bau busuk. Setelah melewati 5-10 hari, kulit mulai rapuh dan tubuh dilitupi larva.

Organ-organ tubuh meleleh ke tanah dan mulai menyisakan tulang saja. (dinukil dari buku Ushuluth Thibbisy Syar’i, Dr. Muhammad Ahmad Sulaiman) CATATAN - Dalam buku sejarah bencana banjir pertama kali terjadi pada tahun 46 Hijrah atau 667 Masehi atau 43 tahun setelah Perang Uhud yang ceritanya mirip, iaitu jasad jasad mereka mengapung.

Thursday 12 September 2013

Syair Yang Membuatkn Imam AhMad MenanGes.......


                                               
 


jika tuhanku bertanya kepadaku...
tidak malukah kau bermaksiat kepadaku??


kau sembunyikan dosamu dari makhlukku...
dan datang padaku dengan penuh dosa..


bagaimana aku nak menjawab duhai diriku
yang malang?????
dan siapalah yang dapat menyelamatkan 
aku???...


aku terus menyogok jiwaku dengan impian..
dan harapan
dari semasa ke semasa


dan aku melupakan apa yang bakal
dihadapi selepas mati
dan apa yang akan berlaku selepas 
aku dikafankan..


seolah-olah aku ini telah dijamin untuk hdup selamanya...
seakan mati tidak akan menemuiku


dan telah datang kepadaku sakaratul maut
yang ngeri, nah !
siapa sekarang yang mampu melindungiku?


aku melihat pada wajah-wajah
apakah ada antara mereka 
yang akan menebusku??


akan aku disoal apa yang aku lakukan 
di dunia
untuk menyelamatkan diri ini?


maka apa yang akan aku jawab
setelah aku
mengabaikan urusan agamaku?


celakanya aku ! apakah aku 
tidak mendengar
ayat-ayat allah yang menyeruku???


adakah aku tidak mendengar
apa yang telah
diberitakan dalam surah qaaf dan yaasin?


adakah aku tidak mendengar
tentang hari dikumpulkan manusia
hari perhimpunan dan hari ad-deen
(qiyamah)?


adakah aku tidak mendengar
panggilan ajal,maut
menyeru dan menjemputku??


maka ya rabbi seorang hamba
yang datang bertaubat,
siapa yang dapat melindunginya??


melainkan tuhan yang maha luas
pengampunannya
dan yang membimbingku kepada kebenaran..


aku telah datang kepadamu
maka kasihanilah daku,
dan beratkan timbangan(kebaikan) ku...


dan ringankan(percepatkan) hisabku..
kerana...
engkaulah yang terbaik dalam penghisaban...









Monday 6 May 2013

Subhanallah...7 spesis pokok pelik

ASSALAMUALAIKUM~~~
disini adalah contoh spesis-spesis pokok yang pelik..Subhanallah...Tiada yang lebih berkuasa daripadaNYA...Mari muhasabah diri...


pokok pelik yang tumbuh di poland membentuk huruf J






                                          Batang pokok pelik berwajah manusia




                                             pokok pinang berwajah manusia


                                         
Maha suci ALLAH yang menciptakan sesuatu di atas muka bumi ini dengan bentuk yang sangat unik dan menarik..Kita sebagai hamba yang lemah ini marilah sama-sama bermuhasabah diri ke arah sesuatu yang lebih berguna..Biar kita tidak dipandang masyarakat kerana kemiskinan harta tetapi..janganlah kita tidak dipandang oleh Allah(s.w.t) kerana kemiskinan iman..