Wednesday 8 January 2014

Pondok Pak Ya~Tragedi 27 syuhada

Suatu ketika dahulu negara telah digemparkan dengan tragedi menyayat hati yang mengorbankan 27 orang di pusat pengajian atau dikenali sebagai pondok Pak Ya. 


 

Kejadian yang berlaku pada tanggal 22 Septemb 1989 ini masih menjadi iguan ngeri bagi mangsa mangsa yang selamat apatah lagi ianya bukan sahaja meninggalkan kesan fizikal tetapi juga kesan mental dan trauma yang berpanjangan. Tragedi kebakaran yang memusnahkan keseluruhan blok asrama yang menempatkan pelajar itu terlAlu pantas berlaku. 

 

Tragedi kebakaran yang khabarnya berpunca dari lilin yang menyambar tilam sungguh menyayat hati. 

Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 September 1989 itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung dan mengorbankan 27 pelajar manakala enam orang dapat menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan cedera lain termasuk pinggang patah

 

 

Di ceritakan di dalam sebuah rancangan di astro oasis, sebelum kejadian ini bermula masing-masing 27 orang syuhada ini kelihatan sungguh gembira. Ditanyakan oleh ustaz mereka :"Apa yang kamu gembira sangat ni?" Kata salah seorang daripada mereka :" Tak ada apa-apa ustaz". Sambil berlalu pergi dengan senyuman yang membawa seribu tanda tanya. Diceritakan lagi, ketika pengebumian mereka, ketika itu hujan lebat di kawasan tanah perkuburan mereka. Kata guru mereka "ketika itu, hujan turun begitu lebat, tambahan pula tanah perkuburan yang ingin dikebumikan 27 orang syuhada ini berdekatan dengan sungai. Ketika itu, air mula naik. Namun, kuasa Allah, meskipun  hujan tidak henti membasahi bumi tetapi, liang lahad depa kering seperti tidak dimasuki air.Walaupun ketika itu hujan."

Turut berkongsi sedikit sedutan video berkenaan tragedi pondok pak ya








Wednesday 1 January 2014

Kerat 18 bahagian Mona Fendi

Assalamualaikum, dah lama tak update blog, semalam saya bersama-sama keluarga pergi bercuti ke cameron highland. On our way to go to our own destination, kami akan melalui suatu kawasan kampung dalam daerah raub. Di situ, ibu membuka cerita pasal kes bunuh Dato' mazlan oleh seorang bomoh terkenal iaitu Mona Fendi. Balik sahaja ke rumah, aku google dan search. Siapa Mona Fendy? Siapa Dato' Mazlan? Kerat 18 bahagian? ceritanya seperti ini.............



"Tersebutlah Kisah Si Mona Fendy,
Seorang bomoh kejam tidak terperi,
Berbakat juga dalam bidang menyanyi,
Menetak, mengerat dan melapah daging menjadi hobi.
                                 

                                                       ........    ini dari my Wan ......

kata beliau (iaitu wan/nenek saya) dahulunya, 2 dekad yang lalu berlaku suatu pembunuhan yang amat kejam di sekitar daerah raub yang melibatkan seorang bomoh terkenal, Mona Fendy , suaminya Affendy dan pembantunya Juraimi. Mangsa Dato' mazlan. Katanya, Dato' Mazlan seorang yang sangat berkuasa dan memegang kuasa penting di daerah raub, pahang. Dato' Mazlan sangat menyintai dan menyayangi Mona Fendy. Diberinya harta, duit dan segalanya demi Mona Fendy. Tapi, hentah apa yang berlaku, tidak diketahui punca dan sebabnya, Mona Fendy merancang sesuatu yang tidak dirancang kepada Dato' Mazlan. Malam itu, Dato' Mazlan pergi ke rumah Mona Fendy. Setibanya , di rumah Dato' Mazlan telah dibunuh dengan kejam oleh pembantu Mona Fendy ( Juraimi). Juraimi telah mengaku di hadapan hakim di mahkamah, dia telah membunuh Dato' Mazlan dengan menggunakan kapak. Dia mengaku telah menetak kepala Dato' Mazlan dan mengerat tubuh badan Dato' Mazlan kepada 18 bahagian. Mayat Dato' Mazlan telah dibungkus di dalam plastik hitam lalu di tanam di dalam rumah Mona Fendy lalu di simenkan. Begitulah kes pembunuhan kejam Dato' Mazlan oleh Mona Fendy.

                                                 ..... sumber Internet search Google......






Ketiga-tiga tertuduh iaitu Mona Fendy (kiri) , suaminya Mohd Affandi Abdul Rahman (tengah) dan pembantu rumahnya iaitu Juraimi (kanan) dibicarakan dan di dapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang pada 1995.

Walaubagaimanapun, Mona Fendy mengaku dirinya tidak bersalah dan tidak terlibat terhadap kes pembunuhan  kejam Dato' Mazlan. Ketika Hakim menjatuhkan hukuman, dia tidak menangis atau meraung dengan hukuman yang dijatuhkan malah tersenyum dan mengatakan " I am happy now.


                        -----------------------------------------------------------------------

        "saya tetak kepala dato' mazlan dengan kapak tiga kali baru kepalanya putus setelah mendapat isyarat tangan daripada Affandi (Mohd Affandi Abdul Rahman)",kata (juraimi)

        "Ini keputusan mahkamah bukan keputusan Tuhan, saya cuma minta maaf to God. I'm not the one who do it (bukan saya melakukan pembunuhan itu), but the one who do it ( merujuk pada Juraimi)," kata (Mohd Affandi)

       "Saya cakap benar, demi Allah, jika saya cakap tak benar, saya terkeluar dari umat nabi Muhammad (s.a.w)" , kata (Mona Fendy)

                  -------------------------------------------------------------------------------------



Kronologi Ringkas Kes Pembunuhan Datuk Mazlan Idris. [ADUN Negeri Pahang]:

1993 
- Mona, suami, serta pembantunya ditangkap, kerana membunuh Datuk Mazlan Idris dengan mengerat badannya kepada 18 bahagian kemudian menanamnya di sebuah rumah kosong.
1995 - Dibicarakan dan dihukum mati mandatori.
2001 - Tamat riwayat pada 6 hingga 6:30 pagi Jumaat 2 November 2001. 


Mona dan suaminya, Affandi telah disemadikan diTanah Perkuburan Ahli-ahli Kariah Masjid Kajang di Kampung Sungai Kantan, Kajang. Manakala pembantunya, Juraimi telah dikebumikan di kampungnya, Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang, Selangor. 

Selepas berkuburnya kisah Mona Fendy, akhirnya terbit beberapa buah buku yang menceritakan tentang Ilmu hitam yang digunakan oleh Mona Fendy dalam kehidupan beliau dan juga filem Dukun yang jalan ceritanya diambil dari kisah Mona Fendi