Wednesday 8 January 2014

Pondok Pak Ya~Tragedi 27 syuhada

Suatu ketika dahulu negara telah digemparkan dengan tragedi menyayat hati yang mengorbankan 27 orang di pusat pengajian atau dikenali sebagai pondok Pak Ya. 


 

Kejadian yang berlaku pada tanggal 22 Septemb 1989 ini masih menjadi iguan ngeri bagi mangsa mangsa yang selamat apatah lagi ianya bukan sahaja meninggalkan kesan fizikal tetapi juga kesan mental dan trauma yang berpanjangan. Tragedi kebakaran yang memusnahkan keseluruhan blok asrama yang menempatkan pelajar itu terlAlu pantas berlaku. 

 

Tragedi kebakaran yang khabarnya berpunca dari lilin yang menyambar tilam sungguh menyayat hati. 

Dalam kejadian 2.30 pagi pada 22 September 1989 itu, lapan blok asrama perempuan di sekolah yang lebih dikenali Pondok Pak Ya di Padang Lumat rentung dan mengorbankan 27 pelajar manakala enam orang dapat menyelamatkan diri dalam keadaan melecur teruk dan cedera lain termasuk pinggang patah

 

 

Di ceritakan di dalam sebuah rancangan di astro oasis, sebelum kejadian ini bermula masing-masing 27 orang syuhada ini kelihatan sungguh gembira. Ditanyakan oleh ustaz mereka :"Apa yang kamu gembira sangat ni?" Kata salah seorang daripada mereka :" Tak ada apa-apa ustaz". Sambil berlalu pergi dengan senyuman yang membawa seribu tanda tanya. Diceritakan lagi, ketika pengebumian mereka, ketika itu hujan lebat di kawasan tanah perkuburan mereka. Kata guru mereka "ketika itu, hujan turun begitu lebat, tambahan pula tanah perkuburan yang ingin dikebumikan 27 orang syuhada ini berdekatan dengan sungai. Ketika itu, air mula naik. Namun, kuasa Allah, meskipun  hujan tidak henti membasahi bumi tetapi, liang lahad depa kering seperti tidak dimasuki air.Walaupun ketika itu hujan."

Turut berkongsi sedikit sedutan video berkenaan tragedi pondok pak ya








No comments:

Post a Comment